Monday, October 15, 2012

Memahami erti mukmin yang dengki

Sudah masuk kali ketiga, dia, menatap perkataan itu, sedalam-dalamnya, menghayati dan cuba memahami, antara percaya atau tidak, antara yakin atau ragu-ragu.. Titisan manik-manik jernih juga semakin deras mengalir, tidak mahu mengalah.. perasaannya… Hanya Allah yang maha tahu.. Betapa dia derita menanggungnya… Dirasakan seolah-olah dunia yang luas ni terlalu sempit.. sesak nafasnya.. Astaghfirullahalazim.. berulang-ulang kali dilafaznya.. menenangkan diri hanya dengan mengingatiNya.. Bisiknya berulang kali.. Ini mungkin kifarah bagiku.. Ya Allah, bantulah hambaMU.. aku tahu Kau Maha Melihat.. aku tahu Kau lebih mengetahui apa yang telah aku lalui, dan aku tahu Kau lebih memahami penderitaanku melebihi segalanya… Benar, mengkhianati kepercayaan orang yang mempercayai kita adalah sebesar-besar khianat..justeru ia memberi kesan yang amat mendalam bagi orang yang dikhianati.. Dibacanya untuk kali yang keempat apa yang termaktub dalam kitab kesayangannya, bahtera penyelamat mukasurat 13.. Rasulullah s.a.w bersabda : 'orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah : iaitu mukmin yang dengki kepadanya , munafik yang benci kepadanya, kafir yang memeranginya , syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.. Dia , meneruskan pembacaannya, basah kitabnya itu, menjadi bukti betapa hatinya sengsara..terus dibacanya melepasi beberapa helaian, berhenti seketika, beristighfar dan berselawat menenangkan diri.. 5 dugaan orang mukmin : Orang mukmin yang dengki kepadanya. Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya .Hasad boleh mengikis iman seseorang mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman , bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi inayah dan rahmat Allah s.w.t . Rasulullah s.a.w bersabda: Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu, iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut , tetapi (yang saya maksudkan ) ialah ia mengikis agama. Baru hari ini, dia seolah-olah mula memahami maksud yang tersurat dan tersirat..padahal bukan ini kali pertama dia membaca kitab itu..kata-kata sahabat yang ditemuinya semalam terngiang-ngiang ditelinganya..pertemuan dengan sahabatnya secara kebetulan di mat'am Barakah,asrama banat, petang semalam sedikit sebanyak menenangkan hatinya.. Sepatutnya , petang itu di isi dengan munakoshah bersama-sama sahabat di kelas yang telah ditetapkan oleh guru bertugas, namun dia, terpaksa mengasingkan diri..kerana perhatiannya sentiasa tersasar..hatinya tidak tenang.. 'ya ukhti, enti janganlah sedih macam ni.. 'ana tak sanggup tengok enti begini..'Ana percayakan enti.. dan yang paling penting Allah maha mengetahui segalanya..Cukuplah DIA yang mengetahui keikhlasan enti..dan cukuplah DIA maha melihat apa yang telah dan tidak enti lakukan.. Masalahnya ya ukhti, ana tak kesah kalau fitnah ini datangnya dari seorang yang tidak menerima tarbiah..seorang yang bukan bersama-sama kita dalam perjuangan, tapi apa yang paling menyakitkan bila ia datang dari seorang yang ana sayangi..ia terlalu menghancurkan hati ini.. sampai saat ini, ana masih terfikir, how could dia buat ana begini..pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu..sebelum ni ana cuba sedaya mungkin untuk mendekatinya , menyayanginya, walaupun layanannya terhadap ana terlalu dingin..setiap kali menatap wajahnya, ana cuba menanamkan sayang padanya, walaupun dapat ana rasakan mungkin dia membenci ana, terlintas di fikiran, buruk sangat ke mukaku, sampai dia tidak sanggup memandang sekalipun, kalau ia buruk sekalipun, apa yang boleh aku buat, sudah begini Tuhan jadikan wajahku..atau apakah dosa yang telah aku lakukan padanya sampai dia benar membenciku, atau pernahkah aku melukai hatinya tanpa kusedari.. maafkan ana sahabat andai diri ini pernah menyakitimu.. Bertenanglah wahai sahabatku, enti bukan keseorangan, ana dan sahabat lain ada bersama enti, dan yang paling penting Allah pasti bersama orang yang benar dan ikhlas.. Tapi bukankah fitnah ini telah menyebabkan sahabat-sahabat sudah tidak percayakan ana?? Cukuplah Allah yang mempercayai enti, dengan itu, kebenaran pasti akan hadir.. Mungkin ada hikmah yang Dia mahu enti fahami.. Ya Allah, bantulah hambaMU..rayu hatinya.. Tapi , ana rasa tak sanggup dah untuk menatap wajahnya lepas ana tahu apa yang telah dia lakukan.. Ana pun tak tahu betul ke tidak nasihat ana ni, tapi kadang-kadang kita kena bagi ruang pada diri kita..jangan terlalu naïf dan jangan salah gunakan term husnuzzon..terlalu husnuzzon meletakkan kita dalam keadaan tidak berhati-hati dan merosakkan konsep hati-hati tu sendiri.. bagi ana , selagi dia belum sedar dan meminta maaf, tidak salah kalau enti sunyi darinya tapi jangan memusuhinya atau berdendam padanya..Cuma berhati-hatilah dengannya..nanti, enti baca balik bahtera penyelamat.. ingat tak? dalam buku tu, Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, mukmin yang dengki adalah antara 5 dugaan yang perlu dihadapi oleh seorang mukmin yang bertitle daie.. Seusai menghabiskan bacaannya, dia menutup buku itu, hatinya kini semakin tenang…walaupun titisan air jernih masih menemaninya, dia mula memahami dan menerima… Subhanallah, sebelum ni, aku tidak pernah cuba mengambil ibrah daripada apa yang aku baca, terasa sungguh jahil dan teruk..namun dia teringat kata-kata sahabatnya, terkadang ilmu atau kefahaman itu bukan datang dengan sekali bacaan..kerana hidayah itu sendiri datang dengan pelbagai keadaan. Sebelum ini, dia sering tertanya-tanya, bagaimana seorang yang beriman(mukmin) bisa menjadi ancaman kepada seorang mukmin yang lain?? Benarkah ini boleh terjadi..mengapa seorang yang beriman boleh membiarkan perasaan hasad menguasainya?? dan membawa mudharat kepada saudaranya???mustahilnya, detik hatinya ketika itu..tapi kini, dia jelas, jika sesuatu itu tidak mungkin berlaku, atau tidak akan berlaku , mustahil bagi Junjungan Mulia menuturkannya…ia benar wujud, dan kini Allah mengujinya..diri seorang daie… Dia juga menyedari, satu ibrah yang paling besar daripada apa yang berlaku, Tuhannya ingin dia kembali perbaharui niatnya dalam perjuangan..bukan kerana sesiapa, hatta bukan kerana sayangnya pada sahabat,.tetapi kerana cintanya pada Tuhannya…dan sudah pasti , kasihnya pada sahabat hanya kerana Tuhannya…Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya..'sesungguhnya Allah menyintaimu sebagaimana kamu menyintai saudaramu kerana Allah'..saat itu dirasakan, betapa kasih Tuhan itu tiada tandingannya..saat dia merasakan tiada siapa yang mempercayainya, dia yakin hanya Allah yang memahami dan mempercayainya..hanya Allah yang sentiasa bersamanya..kerana itu katanya… AKU BERJUANG KERANA ALLAH.. # berjalanlah dengan penuh harapan, Walau hidup ini tidak selalu bahagia.. Sedekahkanlah satu senyuman, Walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan.. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, Berhentilah memberikan alasan, walau ingin menyatkan kebenaran.. Hiduplah dalam iman, walau hari dipenuhi godaan.. dan berpeganglah pada Allah, walau DIA tidak kelihatan.. Bukti kasihNya kita wujud di dunia pinjaman ini..# p/s : ni hanya cerita, untuk pemahaman makna mukmin yang dengki, walaupun kewujudannya tidak boleh dinafikan, ia hanya minority, sekadar untuk persediaan , agar tidak terlalu kecewa nanti..tapi, macam yang ana kata, hanya golongan minority, jangan tak pasal-pasal suuzzon kat sahabat seperjuangan lak nanti.. ana lak yang berdosa..huhuhu.. pastikan ada bukti, jangan main teka je ea..=) apepun, insyaAllah bila berjuang kerana kefahaman dan matlamat yang jelas,takkan timbul kes-kes pelik macamni..jangan risau, cinta Allah untuk semua hambaNya yang setia dan mencintaiNya..jadi dalam perjuangan ni , tak perlu ada hasad..;) Allah itu maha adil..akan di balasnya setimpal dengan apa yang kita lakukan.. Sahabat , ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi, supaya ia bencikan sesuatu yang remeh.. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan, agar ia bencikan kehinaan.. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung , nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara

Sunday, November 13, 2011

~Dia Lelaki Soleh~





Kalau kalian benar-benar mahukan BAKAL SUAMI yg baik sisi agamanya, maka usahlah sempitkan pilihan kalian hanya kepada mereka yg dipanggil USTAZ. Berhenti sebentar dan lihatlah sekeliling, ternyata masih ramai lagi PEMUDA yg BUKAN USTAZ namun terlebih wajar dinikahi kerana jernihnya fikrah agama yg mereka miliki.. Kahwinilah lelaki yg jadikan Al-Quran dan Islam sebagai akhlaknya.. bukan kerana gelaran atau tahap pendidikan agamanya....

Saturday, October 29, 2011

(¯`•.ღ...SEDARLAH...(¯`•.ღ

••► Anda fikir,
jika anda 'BERTEMU' Allah sekarang,
Apa yang Allah dapat 'BANGGAKAN' tentang anda?

••► Tanya diri satu SOALAN,
"Adakah aku benar-benar ahli Syurga?" Berehatlah sebentar,dengan berTAUBAT..Astaghfirullah..

••► Cuba teka,kat Akhirat nanti,
ada tak orang yang JALAN malas-malas ke Syurga?

p/s : Kadang-kadang kita tak perlu mengadu pada manusia,cukuplah kita MENGADU kepadaNYA..cari apa PUNCA yang menyebabkan diri kesepian,kemudian,ambil masa untuk meluahkannya kepada SI DIA..

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ ´*.¸.•´♥` BeRpEgAnG PaDa TaKdIr ღ(。◕‿◕。)ღ

YA ALLAH
˙•٠•●❤ Jika aku ditakdirkan MATI muda, aku harap agar segala bentuk PENULISANku mampu memancing RAHMAT Ilahi, dan bukannya DOSA yang diwariskan..

˙•٠•●❤ Jika yang ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yang bertimpa-timpa. Tapi jika yang ditulis itu punca DOSA, maka ia akan berakhir dengan punca SESAL tanpa hujungnya..

˙•٠•●❤ Garapkanlah larian PENA dengan TAKZIM..Moga harga aksaramu ialah SYURGA..amin

Thursday, October 20, 2011

Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?




"Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang.


Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan.."


"Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli.."
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.





Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.


"Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia."
"Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu."
"Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?"
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.


Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T....


~ Halawatul Iman ~



Hati keraskan dindingmu..
Dari memahat nama-nama manusia...
Yang belum tentu memegang kuncinya...
Teguhkanlah dirimu menjauh..
Saat insan ajnabi mendekati...
Kukuhkan prinsip diri...
Dari pujuk dan rayu...
Tebalkanlah dengan haya'...
Kerana ia penyelamat dari godaan nafsu..
Yang membawa ke arah neraka Al-Jahim...




Tapi..
Lembutkanlah dirimu..
Pada yang memiliki..
Kerna Ilahi..
Selembut-lembutnya...
Sebaik-baiknya...
Terpelihara dari noda dan dosa...
Yang terbias dari niat yang menyimpang..
Agar kau bisa...
Menghias ia indah dengan kalimah-
kalimah Allah SWT..
Bahagialah engkau
jika insan memiliki meredhai...
Kerana 'dia'lah insan yang terletak syurga di telapak kakinya..
Insan yang mencipta keinginanmu untuk menjadi pasangan buatnya
Duniawi wa Ukhrawi =)

.:|♥ .:Buat hati yang sedang diuji ♥ .:|:.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt diucapkan kpd saudaraku yg bergabung dlm Mencari Mardhotillah (keredhaan Allah) semoga dirimu berkeadaan baik dan diberkati ALLAH SWT...

(¯`v´¯).♥Buat Hati Yang Sedang Diuji♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`
..¸.•´♥..♥♥.♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥

♥ .......:|:. ♥ .:|♥ .:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." az-zumar-53

"Hati kita ibarat sepohon pokok yang kekeringan, suburkanlah ia dengan siraman Zikrullah pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman..

usah biarkan ianya layu dengan racun dunia, pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa dgn zikrullah..

Tatkala hampir berputus asa..kalam Allah ini meruntun jiwa ku yg meronta ronta..kasihnya ALLAH pada hamba-hamba NYA..tiada bandingannya..andai hari ini hati disakit, dikecewakan manusia..sudah berapa kali pula agaknya kita mengundang murkaNYA?..

Namun tidak pernah sekali DIA menjauhi kita dari keampunanNYA..YA ALLAH ampunkan hambaMU ini atas segala dosa-dosa & perilaku yg mengudang murka..terimalah YA ALLAH sekelumit cinta yg entah sejauh mana sucinya..cinta yg jauh dari sempurna..cinta yg penuh noda..cinta yg hanya tinggal sisa..

"YA ALLAH mulianya cinta MU yg KAU beri..hinanya cinta yg aku beri kembali"

Buat hati yang sedang diuji..
Saudaraku yg dikasihi, dunia ini adalah sebuah sekolah kita di sini bukan untuk didera, tetapi untuk ditimba...
Didik oleh MURABBI paling agung dengan mehnah (ujian), qada serta qadar-Nya.
Pelajaran itu kekadang diletakkan Allah pada manusia lain, pada peristiwa, pada kejadian, pada penyakit, pada kegagalan, pada kejayaan selamanya kita akan dididik dan berterus-terusan.
Hingga layak kita menerima sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera).

Di mana kita dalam Universiti Kehidupan ini? Masih bertatih dalam sekolah rendah yang tidak pernah meningkat kelas? (masih mengeluh dan berontak bila diuji? Atau masih di sekolah menengah yang masih terkial-kial menduduki peperiksaan yang sama tahun demi tahun?

(kekadang tenang kekadang resah bila diuji) Atau paling malang masih diperingkat tadika yang masih tidak matang, alpa dan masih terus ingin bermain-main?

Tidak teringinkah kita menjadi graduan-graduan yang lulus pangkat pertama lalu melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan MA dan Phd? (Di situlah bersemanyamnya para sahabat Rasulullah saw dan para waliullah yang tersenyum bila diuji)
Bila hati dirundung sedih ingat Allah ada dihati..Bila hidup terasa sunyi ingat Allah ada menemani..
bila hidup seakan tidak bererti ingat Allah memerhati, bila jiwa seakan terpenjara ingat Allah tidak pernah membelenggu diri...Bila semua yang kita ingini tak terpenuhi ingat Allah sudah memberi apa yang kita miliki..tidak ada ruginya apabila kita memandang segala sesuatu itu dari Allah..

Ya Allah..jadikan aku HambaMu yang benar-benar bersifat hamba..jadikan hambaMu ini tabah dengan mengenang segala kebaikan yang Engkau janjikan..jadikan hambaMu ini redha dengan setiap takdirMu dengan menerima ia adalah yang terbaik untukku..Amin ya Rabbal alamin...

Akhir kata...Jangan bersedih apabila tak memperolehi apa yang diingini..sebaliknya bergembiralah dengan apa yang sudah dimiliki,ia akan menjadikan kita manusia yang bahagia..Insya ALLAH

Sekadar Perkongsian…moga bermanfaat dan kita amalkan kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik. Sesungguhnya sebarang kekurangan dlm catatan ini dtg dari diri saya sendiri, dan baik itu dari Allahurobbi...

Kepada saudaraku di pages ini, sila sebarkan segala nota dan kelebihan yang telah kita perkatakan kepada sahabat2 yang lain smoga kita sama mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sebarkan moga ALLAH yg mebalas kebaikanmu..

♥*ღ☆**ღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღ☆ღ*♥*ღ☆ღ,¤¤*¨*ღ☆

(¯`v´¯)♥SALAM MENCARI MARDHOTILLAH ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥

Tuesday, February 1, 2011

MUHASABAH DIRI

Tuhanku,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas..
Aku hanyalah setitis embun di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudera..
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi..
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit..
Aku hanya segugus bintang kecil yang redup di samudera langit Mu yang tanpa batas..

Tuhanku..Hamba yang hina ini menyedari tiada ertinya diri ini di hadapanMU,
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi,
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU...

Tuhanku..baktiku tiada erti, ibadahku hanya sepercik air,
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU..
Betapaku sedar diri begitu hina dihadapanMU..
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU..
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini,
Hati yang telah terkotori oleh noda ini, memiliki keinginan setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Tuhan, Kami semua fakir di hadapan MU tapi juga fakir dalam mengabdi kepada MU,
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku,
Ampunilah aku dan saudara-saudaraku yang telah memberi erti dalam hidupku,
Bahagiakanlah mereka, permudahkanlah urusan mereka...

Mungkin tanpa kami sedari , kami pernah melanggar aturanMU...
Melanggar aturan qiyadah kami,bahkan terlena dan tak mahu tahu akan amanah,
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami, Ampunilah kami.....
Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU,

Tuhanku...Siangku tak selalu dalam iman yang teguh,
Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh dzikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit...

Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu,
Atau dalam maksiat kepadaMU...
Ya Tuhanku Tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!

Monday, January 31, 2011

KETEGUHAN HATI

Ya Rabbi...
Aku datang pada Mu dengan penuh kepasrahan,
Ketika dihadapkan kepada pilihan terberat...

RABBI...
Beri ketetapan hati untukku,
Hati yang terbaik yang sama-sama kita lihat,
Hati yang bukan saja menyejukkan dalam pandanganku
Tapi hati yang telah kau lihat sampai menembus relung Qalbunya.....

Allah yang Maha Kuasa,
Maha melihat masa depan,
Maha mengetahui yang akan terjadi,
Engkau jua yang mengetahui keinginan terdalam hatiku....

Ya Allah....
Jika mendambanya adalah kesalahan,
dan merindunya adalah kekeliruan,
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai dalam keindahan fatamorgana semu....

Jika kesempurnaannya bukan untukku,
Tolong bawa jauh dari relung hati...
Hapuskan khayalan keindahan tentangnya,
dan jangan biarkan aku terlena dalam keindahannya...
Gantikan aku dengan kesempurnaan yang sebenarnya untuk dia....

Tapi Tuhan...
Jika kesempurnaanku adalah bersamanya,
Beri aku kekuatan menentukan pilihan,
Beri aku kesabaran dalam menggapainya...
Jika dia memang untukku,
Jangan biarkan aku menyerah & terpuruk dalam belenggu masa lalu....

Semoga kau redhai kami untuk bersatu,
Mengharungi sisa umur,
Menapaki jalan kearah Mu,
Dan melukis keindahan untuk dunia dan akhirat kami....

Tolong beri kesabaran yang penuh....
dalam melalui detik-detik waktu yang berjalan bakal berhenti....

AMEEN....

DIKALA RAGU AKAN DIRINYA...

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
dia akan mejadi teman menapaki hidup,
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami,
Agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ke tepian yang sejahtera dan abadi....

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…Dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah ia dari ingatanku,
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku...

peliharalah aku dari kekecewaan,
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama dengan dirinya….

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.....

Amin… Ya Rabbal ‘Alamin

Monday, December 20, 2010

Puisi Kematianku....

Kekasih…
Suatu ketika aku akan wafat…
Menyandang bulu dan sayap laksana malaikat...
Dan akan segera ku akhiri cerita
Saat sisa nafasku berhenti dibatas waktu…

Bila tiba saat kupergi…
Jangan ada derai air mata kedukaan
Kerana ratapmu akan patahkan sayapku

Kepergiaanku menempuh puncak impian,
Ketika sang utusan merengkuh jiwa ini.
Hapuslah air matamu…
Meski terus kau percikan duka atas kepergianku,
Aku tak akan pernah kembali,
Dan sungguh tak ingin kembali.

Biarlah jiwaku tenang berlalu…
Dalam dakapan hangat sayap malaikat
Merengguk anggur kebebasan semua
Diantara setompok timbangan perbuatanku

Aku berharap…
Jasad matiku kau balut dengan senyum
Benamkan kebalik tanah penuh ketulusan
Iringi kepergianku dengan doa
Mungkin itu akan meringankan bebanku

Biarlah pusara ini menjadi saksi…
Bahwa aku pernah mengembara melintasi lembah mimpi
Sekejap tersenyum merengguk manisnya dosa duniawi
Yang kini tinggal belulang membujur kaku ditengah sepi…
Akan kunanti dirimu didepan gerbang keabadian…
Mungkin dalam penantian ini…
Masih ada celah
Tuk aku wujudkan dahaga rindu ditelaga cinta…

Monday, December 6, 2010


Maafkan diriku jika kata-kataku mungkin menyakiti hatimu wahai suamiku. Cuma hati tertanya-tanya dan kadangkala timbul keraguan terhadap dirimu. Setiap hari kau katakan yang dirimu sangat menyayangi diriku. Setiap pagi kau memberikan kucupan di pipi dan kadang-kadang kau menghadiahkan ku sejambak bunga untuk membuat kejutan kepadaku, namun kenapa aku merasakan kau sebenarnya tidak menyayangiku.. Masihkah dikau ingat waktu hari kau melamarku, kau berjanji kepada kedua ibubapaku akan menjagaku dan tidak sekali-kali akan melukakan diriku. Apabila akad berlangsung, aku merasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapaku, tapi aku redha. Redha kerana mahu mengikutmu seorang suami yang kononnya mampu membimbingku menjadi isteri yang solehah.

Ingatkah dirimu, sewaktu aku meminta izin untuk bekerja, kau benarkan kerana mahu menyenangkan hatiku. Apabila aku bersolek untuk keluar kau tidak menghalangku. Bila aku mahu bergaya, kau tidak menegur. Malah tiada langsung halangan darimu,melainkan kau berpesan kepadaku “Jangan bermain mata dengan orang”. Itu sahaja.

Kau tersenyum penuh bangga bila ada teman-temanmu memujiku. Malah kau turut menggalakkanku agarku lebih bergaya dan tidak mahu isterimu kelihatan ketinggalan dari segi berfesyen. Kau juga suka membawaku ke mana-mana. Kau tidak segan silu berkepit dengan ku sewaktu ke majlis-majlis keramaian. Sebab kau bangga punya isteri sepertiku. Selain dikurniakan cantik, aku jua pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa baik dari golongan atasan ke golongan kebanyakan. Kau benarkan aku berbual mesra dan bergurau. Katamu aku seorang yang sempoi, senang di bawa. Sebab itu kau menyayangiku agaknya.

Bila hujung minggu, kau lebih suka membawaku dan anak-anak ke pusat membeli belah, kadang kita berkaraoke bersama, bermain bowling dan sebagainya. Bila hujung tahun, kita akan bercuti keluar negara. Hidup kita penuh keseronokan dan kemewahan. Apa tidaknya, siang malam kita sibuk mencarinya sampaikan kita tidak punya masa untuk anak-anak selalu. Semuanya kita serahkan kepada pembantu. Dikau pula seorang yang tidak cerewet. Apa saja yang kami minta kau segera menunaikannya. Kau jarang memarahi kami. Tiada undang-undang dan garis panduan yg kau berikan kepada kami. Kami keluar masuk dari rumah tanpa ada batasnya.

Kau begitu taksub dengan cara orang barat dan beranggapan itu cara hidupmu dan keluargamu..kononnya itulah kemodenan. Kau juga tidak pernah mengajakku dan anak-anak solat berjemaah sama-sama di masjid mahupun di rumah. Kau juga tidak peduli kalau anak-anak tidak belajar mengaji asalkan berjaya di sekolah. Kadang-kadang kami seperti dilupakan dengan agama asal kami. Kau tidak seperti suami orang lain yg selalu mengongkong isterinya. Sebab itu aku dan anak-anak merasa amat bahagia disampingmu. Tapi kau sebenarnya telah merosakkan kami. Kau biarkan jiwa kami kosong tanpa makanan rohani. Kerana walaupun kita memiliki segalanya, hati kita tetap tidak gembira. Dan rasanya terlalu banyak pembohongan yang kita lakukan kepada masyarakat sekeliling kita. Kita berlagak seolah-olah kita sangat bahagia tapi sebenarnya kita sudah menemui jalan buntu dalam kehidupan. Anak-anak kita? Mana anak-anak kita? Sungguh kita berdua memang bangga kerana anak-anak kita berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negeri. Tapi sikap mereka tidak sopan terhadap kita orang tuanya. Saban hari mereka menghabiskan masa untuk berfoya-foya, minum arak, ke disko, tanpa peduli hal-hal lain.

Wahai suami..dengarlah..anak perempuan kita tidak pernah menutup auratnya. Dia juga bebas menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki diluar sana. Dia bebas menyerahkan maruah dan harga dirinya pada lelaki durjana untuk meratahnya setiap inci tubuhnya. Yang ku sedihkan, dia sedikitpun tidak merasa kesal. Kerana ini trend zaman moden katanya. Semua orang berfikiran terbuka. Memang dia anak yang benar-benar mengikut jejakku iaitu ibunya. Ku ulangi 'ibunya'. Malah agaknya lebih teruk lagi kita rosakkannya tanpa didikan asalnya..

Aduhai suami!!..kenapa kau membiarkan hidupku dan anak-anakmu hancur punah begitu saja? Kenapa wahai suami? Bukankah kau menyayangi kami? Bukankah tanggungjawab kau memimpin kami tanpa henti? Atau itu cuma kata-kata palsu darimu? Terus terang aku ingin memberitahumu betapa aku sangat seksa di sini. Seluruh tubuhku kesakitan yang tidak mampu kuungkapkan. Setiap sendi anggotaku terasa begitu pedih menyucuk. Beberapa malam aku di sini terasakan begitu terseksa. Di sini tempatnya begitu panas dan gelap. Sungguh, isterimu sudah tidak tahan di azab sebegini. Setiap hari aku menangis, meratap, merayu minta hidup kembali.



Tapi mana mungkin suamiku..mana mungkin. Kemana dirimu? Ke mana dirimu wahai suami?Mana doa mu? Mana doa anak-anak? Mereka tidak pandai berdoa , mereka tidak tahu. Tolonglah ajar mereka.. Aku lihat kau dan anak-anak meratap hiba sewaktu jenazahku di usung ke kubur. Sungguh kamu berasa sedih atas pemergianku, tapi sampai hati kau membiarkan aku keseorangan di sini..tanpa sedikitpun peduli kepadaku.. kau kembali dgn aktiviti mu.

Dengan bisnesmu yang penuh dengan riba dan rasuah. Dan sememangnya duit haram itulah yang telah menjadi darah daging kita sekeluarga..termasuk orang tuaku. Sebab itu kita sukar peroleh hidayah. Sebab itu hidup kita jadi begini dan sangat jauh dari rahmatNya..

Aduhai suamiku, berbaloikah semua ini? Berbaloikah kita membeli dunia untuk akhirat? Kita cuma rasa senang sekejap tapi hakikatnya, kita akan menderita selama2-lamanya di sini. Kau tidak tahu betapa kurasakan panjangnya waktu di sini. Setiap hari kumohon agar disegerakan kiamat.. Tapi aku tidak bimbang kerana lambat laun kau juga akan menemaniku. Aku memang akan menyalahkan dirimu atas kecuaianmu. Memang aku akan menarikmu sama ke neraka Allah yang maha dahsyat ini..Aku tidak larat menanggung sendiri dosa yang telah aku lakukan dan semua ini berpunca darimu..!!!!!

Wahai suami-suami..perhatikanlah isterimu. Adakah mereka sudah memenuhi ciri-ciri isteri dan ibu solehah? Jika tidak, segerakan membimbingnya, sebelum terlambat. Jika benar dirimu menyayangi mereka, janganlah biarkan mereka melakukan sesuatu sesuka hati. Bimbinglah mereka walaupun mereka marah dan benci denganmu. Kerana kau begitu menyayangi mereka. Kerana merekalah saham-saham untukmu di akhirat..Namun untuk mendapat isteri dan anak-anak yang solehah harus bermula dengan dirimu dahulu.

“Harta benda dan anak adalah perhiasan hidup di dunia. Sedangkan amal soleh yang kekal lagi baik faedahnya itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi, 46)

Sepucuk Surat Buat Suamiku


Kuuntai kalimatku dengan goresan pena ini, untukmu, suamiku yang kucintai, semoga engkau lebih berbahagia...

Membaca suratmu, wahai suamiku, menjadikan aku ingat masa lalu. Aku merasakan makna kalimat-kalimatmu sebagaimana aku rasakan tatkala engkau sampaikan kalimat-kalimat itu saat kita baru memulai hidup bersama dahulu. Kini, setelah semua berlalu, dan setelah aku hampir terlupa akan kalimat-kalimat itu, engkau goreskan kalimat itu untuk kedua kalinya. Kusampaikan jazakallahu khairan, Suamiku, atas kebaikanmu, dan atas perhatianmu kepadaku, isterimu.

Suamiku yang kucinta...

Mungkin engkau telah begitu sering mendengar kata-kata permintaanku. Namun, aku berharap engkau takkan jemu menanggapinya. Saat ini pun, aku katakan padamu, wahai suamiku, bantulah aku menjadi sebaik-baik perhiasan duniamu. Bantulah aku menjadi salah satu dari keempat kebahagiaan hidupmu. Bila engkau meminta agar aku membantumu untuk memperbaiki akhlak dan pergaulanmu kepadaku, maka lebih dari itu, aku begitu berharap engkaulah orang yang akan mengantarkanku ke taman akhlak yang mulia bersamamu.

Suamiku, jika engkau bersungguh-sungguh mengatakan kepadaku apa yang engkau goreskan itu, maka lebih dari itu, aku pun berharap engkau lebih bersungguh-sungguh membimbing, dan menyertakanku dalam seluruh kebaikanmu. Aku ingat nasihat emas Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam meski itu lebih tepat disebut peringatan. Peringatan bagiku sebagai seorang isteri, yang tentunya perlu engkau tahu, meski aku kira engkau pun telah mengetahuinya. Aku ingat saat baginda salallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seorang wanita sebagai isteri sepertiku dengan sabdanya,

“Maka perhatikanlah, wahai si isteri, bagaimana kalian mempergauli suamimu. Sesungguhnya ia adalah syurga atau nerakamu.” [HR. Ahmad 4/341 dan 6/419, dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Sohihul Jami' 1509 dan ash-Shohihah 6/220.]

Begitu jelasnya makna nasihat baginda itu, dan begitu tegasnya pernyataan baginda salallahu ‘alaihi wasallam. Dengan goresan pena kita ini, semoga engkau tahu, wahai suamiku, bahawa aku begitu sangat berharap syurga dan tidak ingin terjebak ke neraka sementara aku punya engkau, suamiku. Aku tahu engkau bererti syurga, juga bererti neraka bagiku. Namun, aku berharap engkau mahu mengerti bahawa aku tidak menginginkan neraka. Engkau pun pasti juga begitu. Maka, bantulah aku, suamiku.

Suamiku, tentunya engkau tahu bahawa jalan menuju syurga tidaklah mudah. Namun aku berharap jalan itu akan dipermudah bagiku. Aku berharap jalan syurgaku akan dengan mudah kutelusuri bersamaan dengan tetap adanya aku di sisimu. Apakah engkau memahami maksudku, suamiku? Aku hanya ingin mengatakan satu pintaku: buatlah aku mampu melakukan apa pun yang membuatmu redha kepadaku, sebab dengan begitu Allah pun akan meredhaiku.

Sebaliknya, belokkanlah langkahku bila aku melakukan sesuatu yang membuat Allah memurkaiku sehingga engkau pun murka kepadaku. Kerana kau tahu aku begitu lemah untuk menunaikan seluruh hak-hakmu. Bahkan tidak mungkin aku menunaikan seluruhnya sebab begitu agung dan tak terhingga hak-hakmu. Bukankah Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam telah menegaskan:

“Hak seorang suami yang harus ditunaikan oleh isteri itu (nilainya begitu besar), sehingga seandainya suami terluka bernanah di badannya, lalu isterinya menjilatinya pun belum dinilai ia telah menunaikan haknya.” [HR. Hakim dalam al-Mustadrak 2717 dan beliau mengatakan hadith ini sanadnya sohih, disohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sohihul Jami' 3148]

Rasanya, sangatlah berat bagiku untuk meraih syurga itu. Mengingat betapa untuk menunaikan hak-hakmu saja begitu berat bebannya kurasa.Maka, aku hanya ingin engkau menunaikan sebagian saja dari hak-hakku agar aku mampu menunaikan hak-hakmu dengan seimbang. Semoga engkau mengerti ini, dan semoga engkau sudi menerimanya, isterimu yang lemah ini. Kerana aku tahu, seperti engkau juga telah tahu, bahawa Allah Ta’ala tidak mewajibkan kepadamu selain sebagian hak-hakku semata. Bukan seluruh hak-hakku harus engkau tunaikan sehingga betapa akan semakin berat kiranya aku menunaikan hak-hakmu.

Suamiku, sejujurnya aku katakan bahawa kebahagiaan rumahku adalah tanggungjawabku. Menyambutmu dengan senyuman adalah rutin keseharianku. Ketenanganmu begitu membahagiakanku. Aku sangat suka kejayaanmu meski hanya dengan sedikit bantuanku. Saat kutahu apa yang kau mahu, begitu ringan hidupku. Semuanya kulakukan kerana aku merasa seandainya aku tidak melakukannya, hak-hakmu yang mana lagi kiranya yang kuasa kutunaikan. Maka pintaku, bantulah aku, suamiku.

Suamiku, aku tahu, sebagaimana engkau pun tahu, solat adalah sebuah kunci syurga bagiku. Maka bantulah aku, suamiku, sebagaimana aku biasa membantumu untuk mampu bersama-sama menunaikannya dengan baik dan diterima oleh Allah SubhanAllah Ta’ala.

Aku pun tahu, sebagaimana engkau juga tahu, puasa Ramadhan adalah satu kunci syurga yang lain bagiku. Maka bantulah aku, suamiku, sebagaimana aku biasa membantumu untuk mampu bersama-sama menunaikannya dengan baik, dan semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.

Aku tahu sebagaimana engkau juga tahu, bahawa ragaku ini, diriku ini, hanya halal buatmu seorang. Maka pintaku, berilah aku sesuatu yang halal yang mampu kunikmati sebagai nafkah lahir dan batinku. Bantulah aku berlaku pintar menunaikan hakmu, sebagaimana aku akan berusaha menjadikanmu pandai berbaik-baik kepadaku. Dengan begitu, aku berharap agar kita berkesempatan bersama menggapai redha-Nya.

Aku juga tahu, sebagaimana engkau juga telah tahu bahawa mentaati perintah dan ajakanmu melakukan apa pun yang Allah redhai adalah salah satu kunci syurga yang lain bagiku. Maka pintaku, bila aku tidak kuasa melakukannya, janganlah engkau murkai kekuranganku tapi perintahlah aku dengan sesuatu yang lain yang aku kuasai melakukannya. Dan bila aku telah kuasa melakukan apa yang engkau perintahkan, dan aku telah memenuhi ajakanmu, janganlah lupakan Dzat Yang Maha Kuasa di atas sana.

Bersyukurlah kepada-Nya sebelum kau ucapkan kata terima kasihmu padaku. Dengan begitu, aku berharap redhaNya dan juga redhamu. Kerana aku berharap syurga-Nya. Semoga engkau memahami ini, suamiku.

Seandainya ada tinta emas dalam pena kita ini, tentu aku akan tuliskan sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam ini sebagai syi’ar yang lebih bererti bagiku, dan semoga akan selalu kita baca dan kita tunaikan bersama. Baginda Salallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,

“Jika seorang isteri telah baik solat lima waktunya, telah baik puasa (ramadhannya), telah baik dalam menjaga kemaluannya, telah baik ketaatannya kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam surga dari pintu mana pun yang kau suka”. [HR. Ahmad 1573, disohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sohihul Jami' 660]

Suamiku, jujur aku katakan, bukan aku belum pernah mendapati bantuanmu. Bukan! Bukan aku belum pernah mendapati engkau penuhi pintaku. Bukan! Namun aku bersyukur kepada Allah SubhanAllah Ta’ala, selanjutnya kepadamu, atas semua yang telah engkau berikan sebagai kemudahan bagiku menuju redha-Nya dan redhamu. Aku hanya berharap menjadi isterimu yang akan menyenangkanmu di dunia juga di akhiratmu. Bantulah aku, semoga Allah memberkahi kehidupan rumahtangga kita.

Dari yang merindui dan mencintaimu,
Isterimu.....

Sikap Menawan Da’i Buta Berbuah Hidayah

Betapa banyak Da’i yang kedua bibirnya tidak perlu berucap sepatah kata pun akan tetapi dengan kondisi dan keistiqamahannya dapat membuat orang mendapatkan hidayah.

Berikut sikap di mana seorang kafir mendapatkan hidayah dan masuk Islam hanya gara-gara akhlak seorang Da’i yang buta.

Adalah seorang laki-laki Jerman yang kemudian mengumumkan keislamannya menceritakan, awal pertama ia mengenal Islam kembali kepada hari-hari di masa mudanya ketika ia melakukan wisata ke Albania di masa liburan sekolah.

Ketika sedang berjalan di salah satu jalan sempit di sana, ia berlanggaran dengan seorang lelaki. Ketika menyedari dan meminta ma’af, barulah ia tahu bahawa lelaki yang dilanggarnya itu seorang yang buta. Orang buta itu tidak mengerti erti permintaan ma’afnya tersebut kerana ia tidak memahami bahasa komunikasinya. Sekali pun begitu, orang buta ini berusaha untuk memegang tangan lelaki yang telah melanggarnya dan mengajaknya berjalan menuju ke rumahnya. Di sana, ia menghidangkan makanan seadanya kepada teman yang baru dikenalinya di tengah jalan.

Saudara kita semuslim dari Jerman mengisahkan, “Kemudian aku melihat lelaki buta itu melakukan beberapa gerakan yang gambarannya terus melekat di kepalaku, yang akhirnya aku ketahui bahawa itu adalah solat orang-orang Islam. Sikap lelaki itu mampu menguasai fikiranku untuk beberapa waktu. Ia tidak berusaha untuk mengajakku menemaninya menuju rumahnya namun kemudian ia menghormatiku tanpa alasan apa pun dan tanpa perlu mengenaliku terlebih dahulu padahal ia tidak memahami bahasaku. Apa yang ia lakukan di hadapanku.? Apa erti gerakan-gerakan itu.? Ketika aku melihat ada bayang-bayang lelaki itu sedang melakukan gerakan itu, hal ini mendorongku untuk mengenali mereka dan prinsip ajaran agama mereka. Sungguh perjalanan yang panjang hingga akhirnya membuatku masuk Islam. Peristiwa itu adalah benang pertamanya ke arah sana.”


Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini bagi seorang Muslim, khususnya bagi seorang Da’i adalah bahawa ucapan yang haq (benar) terkadang bisa berbuah di hati pendengarnya walaupun setelah mengalami proses yang lama dan keistiqamahan di atas al-Haq dan pengamalannya terkadang juga berpengaruh pada diri orang lain dan dapat mengiring mereka kepada hidayah Allah. Dengan sikap seperti inilah, Islam akan tersiar di hati dan seluruh dunia berkat nur yang Allah titipkan di dalamnya.

(SUMBER: Qashash Wa Mawaaqif Dzaat ‘Ibar, disusun ‘Adil bin Muhammad Al ‘Abdul ‘Ali, hal.57-58 sebagai yang dinukilnya dari buku Mawaaqif Dzaat ‘Ibar karya Dr. ‘Umar Sulaiman al-Asyqar, hal.86, penerbit Daar an-Nafaa’is)

Thursday, November 11, 2010

Inilah Takdir-Mu...

Takdir telah berkata,
Ya Allah berikanlah kami kekuatan,
Walau air mata tak henti tertahan,
biarkan kami bisa menerimanya...

Ya Allah ini adalah kehendakMu,
maka semuanya kami kembalikan kepadaMu,
semuanya mempunyai batas,
maka berikanlah pula kami kekuatan yang tak terbatas dalam hal ini...

Orang yang kami sayang,
yang selama ini menjadi bagian dari hidup kami,
kini menghadapMu...
Berilah kemudahan untuknya,
lapangkanlah tempatnya disisiMu...

Ya Rabb...
Kami tahu ini yang terbaik,
maka berikanlah kesempatan kepada kami untuk bisa menerimanya...

Ya Rabb,kami menangis bukan kerana tidak menerima takdirMu,
Kami menangis bukan kerana tidak beriman kepadaMu,
Tapi kami hanya butuh waktu,
butuh waktu untuk menenangkan diri dari keterkejutan kami...

Ya Rabb..Bimbing lah kami...

Izinkan Aku Kembali Pada-Mu

Memercikkan kebahagiaan permata hati,
Berbelut sang suria pada awal nafasku,
Cinta ini bagai laksana bintang,
Menyadari akan lemahnya jiwa ini,
Dengan berlapis dosa seperti buih laut...

Ya Rabbul Izzati..
Izinkanlah aku kembali padaMu,
Meski mungkin takkan pantas,
Meski mungkin takkan sempurna,
Berikan aku kesempatan waktu,
Aku ingin kembali padaMu,
Meski ku tak layak bersujud padaMu,
Melimpahkan air mata padaMu...

Tuhan...
Aku ingin mengadu,
bahwa hari ini aku melakukan hal ini itu,
Sesuatu yang telah membuatku teringat padaMu,
Ku rindu denganMu,
Ku ingin bercinta denganMu,
Di malam-malamMU,
Ketika manusia terlelap dalam letihnya...

Wednesday, November 10, 2010

Aku Redha Ya ALLAH

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati,
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu,
kejapkanlah pijakanku atas jalan-Mu,
kerana ku tahu,
Engkaulah pemilik hati yang hakiki,
tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu,
tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu,
dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun',
sebagai hamba yang daif aku ridha,
sadar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku,
hikmahMu ada dalam tiada,
dapat dirasa dalam sengsara,
dapat dikecap manisnya rasa,
walau tidak pasti arah tujuannya.....

Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu,
Wahai Tuhanku...

Wednesday, August 11, 2010

AKU DATANG

Ya Allah, Tuhanku
Rabbi Rabbul Izzati
kelahiran ini anugerah-Mu
dalam debur tangis kuraih erti hidup
tersujudku pada selarik belas kasih-Mu
tengadah meluhurkan hidayah-Mu
pasrah memikul amanah-Mu.

Ya Allah, Tuhanku
Rabbi Rabbul’Alamin
aku hanya setinta insan
berkhalifah di saujana bumi-Mu
menebar takwa berbunga ikhsan
mengabdi cinta ubudiyah
mimpikan janji syurga-Mu.

Ya Allah, Tuhanku
Arrahman Arrahim
tunjuki daku jalan-jalan-Mu
disuluhi hidayah-Mu
diharumi reda-Mu
aku pasrah lagi patuh
tanpa ingkar lagi mungkar
aku datang kepadaMu
Allahuakhbar!

Sekujur tubuh, sekeping hati

apalah yang ada pada sekujur tubuh,
andai hati yang dimilikinya,
beku dan mati,
tanpa siraman iman, tanpa nur Islam,
tetapi penuh dengan karat-karat jahiliyah...

apalah yang ada pada keayuan wajah,
andai hatinya hodoh dan tandus,
keayuan hanya memperdaya,
untuk akhirnya menemukan sebuah kepalsuan...

apalah harga sekujur tubuh,
litup dibaluti pakaian,
penuh kehebatan lahiriah,
andai hati yang dimiliki,
masih dengan citarasa jahiliyah...

apalah harga keindahan lahiriah,
andai hatinya tidak ditarbiyah secara Islam,
maka perjalanan hidupnya pincang,
bercampur aduk antara Islam dan jahiliyah...

apalah diharapkan dari sekujur tubuh,
andai bergaya dengan fesyen jahiliayah,
katanya, 'Iman itu pada hati, bukan pada pakaian',
( tidak tahukah ia bahawa memelihara aurat itu antara
pernyataan Iman terhadap Allah )...

sekujur tubuh menjadi indah dan berharga,
bila ia berpakaian Iman dan Taqwa,
dan sekeping hatinya Beraqidah Tauhid...

Alangkah Ruginya

Alangkah ruginya kita.
Allah memanjangkan umur kita sehari lagi
tetapi kita mencemari paginya dengan keluhan.

Alangkah ruginya kita
ketika Allah menguji kita dengan sedikit kepayahan
lalu kita menyesali kehidupan.

Alangkah ruginya kita
apabila Allah uji dengan sedikit kesusahan
lalu kita melupakan segala kesenangan yang pernah diberikanNya.

Alangkah ruginya kita
apabila sedikit keburukan yang Allah timpakan
lalu kita mengingkari segala kebaikanNya yang melimpah ruah.

Alangkah ruginya kita
ketika Ramadhan telah berlalu
tetapi kita masih belum mendapat pengampunanNya.

Alangkah ruginya kita
ketika kehidupan telah berakhir
namun tidak ada bekal yang kita bawa pulang

Alangkah ruginya kita
ketika kita mula insaf dan menyesal
namun semuanya tidak berguna lagi.