Monday, December 20, 2010

Puisi Kematianku....

Kekasih…
Suatu ketika aku akan wafat…
Menyandang bulu dan sayap laksana malaikat...
Dan akan segera ku akhiri cerita
Saat sisa nafasku berhenti dibatas waktu…

Bila tiba saat kupergi…
Jangan ada derai air mata kedukaan
Kerana ratapmu akan patahkan sayapku

Kepergiaanku menempuh puncak impian,
Ketika sang utusan merengkuh jiwa ini.
Hapuslah air matamu…
Meski terus kau percikan duka atas kepergianku,
Aku tak akan pernah kembali,
Dan sungguh tak ingin kembali.

Biarlah jiwaku tenang berlalu…
Dalam dakapan hangat sayap malaikat
Merengguk anggur kebebasan semua
Diantara setompok timbangan perbuatanku

Aku berharap…
Jasad matiku kau balut dengan senyum
Benamkan kebalik tanah penuh ketulusan
Iringi kepergianku dengan doa
Mungkin itu akan meringankan bebanku

Biarlah pusara ini menjadi saksi…
Bahwa aku pernah mengembara melintasi lembah mimpi
Sekejap tersenyum merengguk manisnya dosa duniawi
Yang kini tinggal belulang membujur kaku ditengah sepi…
Akan kunanti dirimu didepan gerbang keabadian…
Mungkin dalam penantian ini…
Masih ada celah
Tuk aku wujudkan dahaga rindu ditelaga cinta…

Monday, December 6, 2010


Maafkan diriku jika kata-kataku mungkin menyakiti hatimu wahai suamiku. Cuma hati tertanya-tanya dan kadangkala timbul keraguan terhadap dirimu. Setiap hari kau katakan yang dirimu sangat menyayangi diriku. Setiap pagi kau memberikan kucupan di pipi dan kadang-kadang kau menghadiahkan ku sejambak bunga untuk membuat kejutan kepadaku, namun kenapa aku merasakan kau sebenarnya tidak menyayangiku.. Masihkah dikau ingat waktu hari kau melamarku, kau berjanji kepada kedua ibubapaku akan menjagaku dan tidak sekali-kali akan melukakan diriku. Apabila akad berlangsung, aku merasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kedua ibu bapaku, tapi aku redha. Redha kerana mahu mengikutmu seorang suami yang kononnya mampu membimbingku menjadi isteri yang solehah.

Ingatkah dirimu, sewaktu aku meminta izin untuk bekerja, kau benarkan kerana mahu menyenangkan hatiku. Apabila aku bersolek untuk keluar kau tidak menghalangku. Bila aku mahu bergaya, kau tidak menegur. Malah tiada langsung halangan darimu,melainkan kau berpesan kepadaku “Jangan bermain mata dengan orang”. Itu sahaja.

Kau tersenyum penuh bangga bila ada teman-temanmu memujiku. Malah kau turut menggalakkanku agarku lebih bergaya dan tidak mahu isterimu kelihatan ketinggalan dari segi berfesyen. Kau juga suka membawaku ke mana-mana. Kau tidak segan silu berkepit dengan ku sewaktu ke majlis-majlis keramaian. Sebab kau bangga punya isteri sepertiku. Selain dikurniakan cantik, aku jua pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa baik dari golongan atasan ke golongan kebanyakan. Kau benarkan aku berbual mesra dan bergurau. Katamu aku seorang yang sempoi, senang di bawa. Sebab itu kau menyayangiku agaknya.

Bila hujung minggu, kau lebih suka membawaku dan anak-anak ke pusat membeli belah, kadang kita berkaraoke bersama, bermain bowling dan sebagainya. Bila hujung tahun, kita akan bercuti keluar negara. Hidup kita penuh keseronokan dan kemewahan. Apa tidaknya, siang malam kita sibuk mencarinya sampaikan kita tidak punya masa untuk anak-anak selalu. Semuanya kita serahkan kepada pembantu. Dikau pula seorang yang tidak cerewet. Apa saja yang kami minta kau segera menunaikannya. Kau jarang memarahi kami. Tiada undang-undang dan garis panduan yg kau berikan kepada kami. Kami keluar masuk dari rumah tanpa ada batasnya.

Kau begitu taksub dengan cara orang barat dan beranggapan itu cara hidupmu dan keluargamu..kononnya itulah kemodenan. Kau juga tidak pernah mengajakku dan anak-anak solat berjemaah sama-sama di masjid mahupun di rumah. Kau juga tidak peduli kalau anak-anak tidak belajar mengaji asalkan berjaya di sekolah. Kadang-kadang kami seperti dilupakan dengan agama asal kami. Kau tidak seperti suami orang lain yg selalu mengongkong isterinya. Sebab itu aku dan anak-anak merasa amat bahagia disampingmu. Tapi kau sebenarnya telah merosakkan kami. Kau biarkan jiwa kami kosong tanpa makanan rohani. Kerana walaupun kita memiliki segalanya, hati kita tetap tidak gembira. Dan rasanya terlalu banyak pembohongan yang kita lakukan kepada masyarakat sekeliling kita. Kita berlagak seolah-olah kita sangat bahagia tapi sebenarnya kita sudah menemui jalan buntu dalam kehidupan. Anak-anak kita? Mana anak-anak kita? Sungguh kita berdua memang bangga kerana anak-anak kita berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negeri. Tapi sikap mereka tidak sopan terhadap kita orang tuanya. Saban hari mereka menghabiskan masa untuk berfoya-foya, minum arak, ke disko, tanpa peduli hal-hal lain.

Wahai suami..dengarlah..anak perempuan kita tidak pernah menutup auratnya. Dia juga bebas menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki diluar sana. Dia bebas menyerahkan maruah dan harga dirinya pada lelaki durjana untuk meratahnya setiap inci tubuhnya. Yang ku sedihkan, dia sedikitpun tidak merasa kesal. Kerana ini trend zaman moden katanya. Semua orang berfikiran terbuka. Memang dia anak yang benar-benar mengikut jejakku iaitu ibunya. Ku ulangi 'ibunya'. Malah agaknya lebih teruk lagi kita rosakkannya tanpa didikan asalnya..

Aduhai suami!!..kenapa kau membiarkan hidupku dan anak-anakmu hancur punah begitu saja? Kenapa wahai suami? Bukankah kau menyayangi kami? Bukankah tanggungjawab kau memimpin kami tanpa henti? Atau itu cuma kata-kata palsu darimu? Terus terang aku ingin memberitahumu betapa aku sangat seksa di sini. Seluruh tubuhku kesakitan yang tidak mampu kuungkapkan. Setiap sendi anggotaku terasa begitu pedih menyucuk. Beberapa malam aku di sini terasakan begitu terseksa. Di sini tempatnya begitu panas dan gelap. Sungguh, isterimu sudah tidak tahan di azab sebegini. Setiap hari aku menangis, meratap, merayu minta hidup kembali.



Tapi mana mungkin suamiku..mana mungkin. Kemana dirimu? Ke mana dirimu wahai suami?Mana doa mu? Mana doa anak-anak? Mereka tidak pandai berdoa , mereka tidak tahu. Tolonglah ajar mereka.. Aku lihat kau dan anak-anak meratap hiba sewaktu jenazahku di usung ke kubur. Sungguh kamu berasa sedih atas pemergianku, tapi sampai hati kau membiarkan aku keseorangan di sini..tanpa sedikitpun peduli kepadaku.. kau kembali dgn aktiviti mu.

Dengan bisnesmu yang penuh dengan riba dan rasuah. Dan sememangnya duit haram itulah yang telah menjadi darah daging kita sekeluarga..termasuk orang tuaku. Sebab itu kita sukar peroleh hidayah. Sebab itu hidup kita jadi begini dan sangat jauh dari rahmatNya..

Aduhai suamiku, berbaloikah semua ini? Berbaloikah kita membeli dunia untuk akhirat? Kita cuma rasa senang sekejap tapi hakikatnya, kita akan menderita selama2-lamanya di sini. Kau tidak tahu betapa kurasakan panjangnya waktu di sini. Setiap hari kumohon agar disegerakan kiamat.. Tapi aku tidak bimbang kerana lambat laun kau juga akan menemaniku. Aku memang akan menyalahkan dirimu atas kecuaianmu. Memang aku akan menarikmu sama ke neraka Allah yang maha dahsyat ini..Aku tidak larat menanggung sendiri dosa yang telah aku lakukan dan semua ini berpunca darimu..!!!!!

Wahai suami-suami..perhatikanlah isterimu. Adakah mereka sudah memenuhi ciri-ciri isteri dan ibu solehah? Jika tidak, segerakan membimbingnya, sebelum terlambat. Jika benar dirimu menyayangi mereka, janganlah biarkan mereka melakukan sesuatu sesuka hati. Bimbinglah mereka walaupun mereka marah dan benci denganmu. Kerana kau begitu menyayangi mereka. Kerana merekalah saham-saham untukmu di akhirat..Namun untuk mendapat isteri dan anak-anak yang solehah harus bermula dengan dirimu dahulu.

“Harta benda dan anak adalah perhiasan hidup di dunia. Sedangkan amal soleh yang kekal lagi baik faedahnya itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi, 46)

Sepucuk Surat Buat Suamiku


Kuuntai kalimatku dengan goresan pena ini, untukmu, suamiku yang kucintai, semoga engkau lebih berbahagia...

Membaca suratmu, wahai suamiku, menjadikan aku ingat masa lalu. Aku merasakan makna kalimat-kalimatmu sebagaimana aku rasakan tatkala engkau sampaikan kalimat-kalimat itu saat kita baru memulai hidup bersama dahulu. Kini, setelah semua berlalu, dan setelah aku hampir terlupa akan kalimat-kalimat itu, engkau goreskan kalimat itu untuk kedua kalinya. Kusampaikan jazakallahu khairan, Suamiku, atas kebaikanmu, dan atas perhatianmu kepadaku, isterimu.

Suamiku yang kucinta...

Mungkin engkau telah begitu sering mendengar kata-kata permintaanku. Namun, aku berharap engkau takkan jemu menanggapinya. Saat ini pun, aku katakan padamu, wahai suamiku, bantulah aku menjadi sebaik-baik perhiasan duniamu. Bantulah aku menjadi salah satu dari keempat kebahagiaan hidupmu. Bila engkau meminta agar aku membantumu untuk memperbaiki akhlak dan pergaulanmu kepadaku, maka lebih dari itu, aku begitu berharap engkaulah orang yang akan mengantarkanku ke taman akhlak yang mulia bersamamu.

Suamiku, jika engkau bersungguh-sungguh mengatakan kepadaku apa yang engkau goreskan itu, maka lebih dari itu, aku pun berharap engkau lebih bersungguh-sungguh membimbing, dan menyertakanku dalam seluruh kebaikanmu. Aku ingat nasihat emas Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam meski itu lebih tepat disebut peringatan. Peringatan bagiku sebagai seorang isteri, yang tentunya perlu engkau tahu, meski aku kira engkau pun telah mengetahuinya. Aku ingat saat baginda salallahu ‘alaihi wasallam memperingatkan seorang wanita sebagai isteri sepertiku dengan sabdanya,

“Maka perhatikanlah, wahai si isteri, bagaimana kalian mempergauli suamimu. Sesungguhnya ia adalah syurga atau nerakamu.” [HR. Ahmad 4/341 dan 6/419, dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Sohihul Jami' 1509 dan ash-Shohihah 6/220.]

Begitu jelasnya makna nasihat baginda itu, dan begitu tegasnya pernyataan baginda salallahu ‘alaihi wasallam. Dengan goresan pena kita ini, semoga engkau tahu, wahai suamiku, bahawa aku begitu sangat berharap syurga dan tidak ingin terjebak ke neraka sementara aku punya engkau, suamiku. Aku tahu engkau bererti syurga, juga bererti neraka bagiku. Namun, aku berharap engkau mahu mengerti bahawa aku tidak menginginkan neraka. Engkau pun pasti juga begitu. Maka, bantulah aku, suamiku.

Suamiku, tentunya engkau tahu bahawa jalan menuju syurga tidaklah mudah. Namun aku berharap jalan itu akan dipermudah bagiku. Aku berharap jalan syurgaku akan dengan mudah kutelusuri bersamaan dengan tetap adanya aku di sisimu. Apakah engkau memahami maksudku, suamiku? Aku hanya ingin mengatakan satu pintaku: buatlah aku mampu melakukan apa pun yang membuatmu redha kepadaku, sebab dengan begitu Allah pun akan meredhaiku.

Sebaliknya, belokkanlah langkahku bila aku melakukan sesuatu yang membuat Allah memurkaiku sehingga engkau pun murka kepadaku. Kerana kau tahu aku begitu lemah untuk menunaikan seluruh hak-hakmu. Bahkan tidak mungkin aku menunaikan seluruhnya sebab begitu agung dan tak terhingga hak-hakmu. Bukankah Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam telah menegaskan:

“Hak seorang suami yang harus ditunaikan oleh isteri itu (nilainya begitu besar), sehingga seandainya suami terluka bernanah di badannya, lalu isterinya menjilatinya pun belum dinilai ia telah menunaikan haknya.” [HR. Hakim dalam al-Mustadrak 2717 dan beliau mengatakan hadith ini sanadnya sohih, disohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sohihul Jami' 3148]

Rasanya, sangatlah berat bagiku untuk meraih syurga itu. Mengingat betapa untuk menunaikan hak-hakmu saja begitu berat bebannya kurasa.Maka, aku hanya ingin engkau menunaikan sebagian saja dari hak-hakku agar aku mampu menunaikan hak-hakmu dengan seimbang. Semoga engkau mengerti ini, dan semoga engkau sudi menerimanya, isterimu yang lemah ini. Kerana aku tahu, seperti engkau juga telah tahu, bahawa Allah Ta’ala tidak mewajibkan kepadamu selain sebagian hak-hakku semata. Bukan seluruh hak-hakku harus engkau tunaikan sehingga betapa akan semakin berat kiranya aku menunaikan hak-hakmu.

Suamiku, sejujurnya aku katakan bahawa kebahagiaan rumahku adalah tanggungjawabku. Menyambutmu dengan senyuman adalah rutin keseharianku. Ketenanganmu begitu membahagiakanku. Aku sangat suka kejayaanmu meski hanya dengan sedikit bantuanku. Saat kutahu apa yang kau mahu, begitu ringan hidupku. Semuanya kulakukan kerana aku merasa seandainya aku tidak melakukannya, hak-hakmu yang mana lagi kiranya yang kuasa kutunaikan. Maka pintaku, bantulah aku, suamiku.

Suamiku, aku tahu, sebagaimana engkau pun tahu, solat adalah sebuah kunci syurga bagiku. Maka bantulah aku, suamiku, sebagaimana aku biasa membantumu untuk mampu bersama-sama menunaikannya dengan baik dan diterima oleh Allah SubhanAllah Ta’ala.

Aku pun tahu, sebagaimana engkau juga tahu, puasa Ramadhan adalah satu kunci syurga yang lain bagiku. Maka bantulah aku, suamiku, sebagaimana aku biasa membantumu untuk mampu bersama-sama menunaikannya dengan baik, dan semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.

Aku tahu sebagaimana engkau juga tahu, bahawa ragaku ini, diriku ini, hanya halal buatmu seorang. Maka pintaku, berilah aku sesuatu yang halal yang mampu kunikmati sebagai nafkah lahir dan batinku. Bantulah aku berlaku pintar menunaikan hakmu, sebagaimana aku akan berusaha menjadikanmu pandai berbaik-baik kepadaku. Dengan begitu, aku berharap agar kita berkesempatan bersama menggapai redha-Nya.

Aku juga tahu, sebagaimana engkau juga telah tahu bahawa mentaati perintah dan ajakanmu melakukan apa pun yang Allah redhai adalah salah satu kunci syurga yang lain bagiku. Maka pintaku, bila aku tidak kuasa melakukannya, janganlah engkau murkai kekuranganku tapi perintahlah aku dengan sesuatu yang lain yang aku kuasai melakukannya. Dan bila aku telah kuasa melakukan apa yang engkau perintahkan, dan aku telah memenuhi ajakanmu, janganlah lupakan Dzat Yang Maha Kuasa di atas sana.

Bersyukurlah kepada-Nya sebelum kau ucapkan kata terima kasihmu padaku. Dengan begitu, aku berharap redhaNya dan juga redhamu. Kerana aku berharap syurga-Nya. Semoga engkau memahami ini, suamiku.

Seandainya ada tinta emas dalam pena kita ini, tentu aku akan tuliskan sabda Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam ini sebagai syi’ar yang lebih bererti bagiku, dan semoga akan selalu kita baca dan kita tunaikan bersama. Baginda Salallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,

“Jika seorang isteri telah baik solat lima waktunya, telah baik puasa (ramadhannya), telah baik dalam menjaga kemaluannya, telah baik ketaatannya kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam surga dari pintu mana pun yang kau suka”. [HR. Ahmad 1573, disohihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sohihul Jami' 660]

Suamiku, jujur aku katakan, bukan aku belum pernah mendapati bantuanmu. Bukan! Bukan aku belum pernah mendapati engkau penuhi pintaku. Bukan! Namun aku bersyukur kepada Allah SubhanAllah Ta’ala, selanjutnya kepadamu, atas semua yang telah engkau berikan sebagai kemudahan bagiku menuju redha-Nya dan redhamu. Aku hanya berharap menjadi isterimu yang akan menyenangkanmu di dunia juga di akhiratmu. Bantulah aku, semoga Allah memberkahi kehidupan rumahtangga kita.

Dari yang merindui dan mencintaimu,
Isterimu.....

Sikap Menawan Da’i Buta Berbuah Hidayah

Betapa banyak Da’i yang kedua bibirnya tidak perlu berucap sepatah kata pun akan tetapi dengan kondisi dan keistiqamahannya dapat membuat orang mendapatkan hidayah.

Berikut sikap di mana seorang kafir mendapatkan hidayah dan masuk Islam hanya gara-gara akhlak seorang Da’i yang buta.

Adalah seorang laki-laki Jerman yang kemudian mengumumkan keislamannya menceritakan, awal pertama ia mengenal Islam kembali kepada hari-hari di masa mudanya ketika ia melakukan wisata ke Albania di masa liburan sekolah.

Ketika sedang berjalan di salah satu jalan sempit di sana, ia berlanggaran dengan seorang lelaki. Ketika menyedari dan meminta ma’af, barulah ia tahu bahawa lelaki yang dilanggarnya itu seorang yang buta. Orang buta itu tidak mengerti erti permintaan ma’afnya tersebut kerana ia tidak memahami bahasa komunikasinya. Sekali pun begitu, orang buta ini berusaha untuk memegang tangan lelaki yang telah melanggarnya dan mengajaknya berjalan menuju ke rumahnya. Di sana, ia menghidangkan makanan seadanya kepada teman yang baru dikenalinya di tengah jalan.

Saudara kita semuslim dari Jerman mengisahkan, “Kemudian aku melihat lelaki buta itu melakukan beberapa gerakan yang gambarannya terus melekat di kepalaku, yang akhirnya aku ketahui bahawa itu adalah solat orang-orang Islam. Sikap lelaki itu mampu menguasai fikiranku untuk beberapa waktu. Ia tidak berusaha untuk mengajakku menemaninya menuju rumahnya namun kemudian ia menghormatiku tanpa alasan apa pun dan tanpa perlu mengenaliku terlebih dahulu padahal ia tidak memahami bahasaku. Apa yang ia lakukan di hadapanku.? Apa erti gerakan-gerakan itu.? Ketika aku melihat ada bayang-bayang lelaki itu sedang melakukan gerakan itu, hal ini mendorongku untuk mengenali mereka dan prinsip ajaran agama mereka. Sungguh perjalanan yang panjang hingga akhirnya membuatku masuk Islam. Peristiwa itu adalah benang pertamanya ke arah sana.”


Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini bagi seorang Muslim, khususnya bagi seorang Da’i adalah bahawa ucapan yang haq (benar) terkadang bisa berbuah di hati pendengarnya walaupun setelah mengalami proses yang lama dan keistiqamahan di atas al-Haq dan pengamalannya terkadang juga berpengaruh pada diri orang lain dan dapat mengiring mereka kepada hidayah Allah. Dengan sikap seperti inilah, Islam akan tersiar di hati dan seluruh dunia berkat nur yang Allah titipkan di dalamnya.

(SUMBER: Qashash Wa Mawaaqif Dzaat ‘Ibar, disusun ‘Adil bin Muhammad Al ‘Abdul ‘Ali, hal.57-58 sebagai yang dinukilnya dari buku Mawaaqif Dzaat ‘Ibar karya Dr. ‘Umar Sulaiman al-Asyqar, hal.86, penerbit Daar an-Nafaa’is)

Thursday, November 11, 2010

Inilah Takdir-Mu...

Takdir telah berkata,
Ya Allah berikanlah kami kekuatan,
Walau air mata tak henti tertahan,
biarkan kami bisa menerimanya...

Ya Allah ini adalah kehendakMu,
maka semuanya kami kembalikan kepadaMu,
semuanya mempunyai batas,
maka berikanlah pula kami kekuatan yang tak terbatas dalam hal ini...

Orang yang kami sayang,
yang selama ini menjadi bagian dari hidup kami,
kini menghadapMu...
Berilah kemudahan untuknya,
lapangkanlah tempatnya disisiMu...

Ya Rabb...
Kami tahu ini yang terbaik,
maka berikanlah kesempatan kepada kami untuk bisa menerimanya...

Ya Rabb,kami menangis bukan kerana tidak menerima takdirMu,
Kami menangis bukan kerana tidak beriman kepadaMu,
Tapi kami hanya butuh waktu,
butuh waktu untuk menenangkan diri dari keterkejutan kami...

Ya Rabb..Bimbing lah kami...

Izinkan Aku Kembali Pada-Mu

Memercikkan kebahagiaan permata hati,
Berbelut sang suria pada awal nafasku,
Cinta ini bagai laksana bintang,
Menyadari akan lemahnya jiwa ini,
Dengan berlapis dosa seperti buih laut...

Ya Rabbul Izzati..
Izinkanlah aku kembali padaMu,
Meski mungkin takkan pantas,
Meski mungkin takkan sempurna,
Berikan aku kesempatan waktu,
Aku ingin kembali padaMu,
Meski ku tak layak bersujud padaMu,
Melimpahkan air mata padaMu...

Tuhan...
Aku ingin mengadu,
bahwa hari ini aku melakukan hal ini itu,
Sesuatu yang telah membuatku teringat padaMu,
Ku rindu denganMu,
Ku ingin bercinta denganMu,
Di malam-malamMU,
Ketika manusia terlelap dalam letihnya...

Wednesday, November 10, 2010

Aku Redha Ya ALLAH

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati,
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu,
kejapkanlah pijakanku atas jalan-Mu,
kerana ku tahu,
Engkaulah pemilik hati yang hakiki,
tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu,
tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu,
dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun',
sebagai hamba yang daif aku ridha,
sadar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku,
hikmahMu ada dalam tiada,
dapat dirasa dalam sengsara,
dapat dikecap manisnya rasa,
walau tidak pasti arah tujuannya.....

Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu,
Wahai Tuhanku...

Wednesday, August 11, 2010

AKU DATANG

Ya Allah, Tuhanku
Rabbi Rabbul Izzati
kelahiran ini anugerah-Mu
dalam debur tangis kuraih erti hidup
tersujudku pada selarik belas kasih-Mu
tengadah meluhurkan hidayah-Mu
pasrah memikul amanah-Mu.

Ya Allah, Tuhanku
Rabbi Rabbul’Alamin
aku hanya setinta insan
berkhalifah di saujana bumi-Mu
menebar takwa berbunga ikhsan
mengabdi cinta ubudiyah
mimpikan janji syurga-Mu.

Ya Allah, Tuhanku
Arrahman Arrahim
tunjuki daku jalan-jalan-Mu
disuluhi hidayah-Mu
diharumi reda-Mu
aku pasrah lagi patuh
tanpa ingkar lagi mungkar
aku datang kepadaMu
Allahuakhbar!

Sekujur tubuh, sekeping hati

apalah yang ada pada sekujur tubuh,
andai hati yang dimilikinya,
beku dan mati,
tanpa siraman iman, tanpa nur Islam,
tetapi penuh dengan karat-karat jahiliyah...

apalah yang ada pada keayuan wajah,
andai hatinya hodoh dan tandus,
keayuan hanya memperdaya,
untuk akhirnya menemukan sebuah kepalsuan...

apalah harga sekujur tubuh,
litup dibaluti pakaian,
penuh kehebatan lahiriah,
andai hati yang dimiliki,
masih dengan citarasa jahiliyah...

apalah harga keindahan lahiriah,
andai hatinya tidak ditarbiyah secara Islam,
maka perjalanan hidupnya pincang,
bercampur aduk antara Islam dan jahiliyah...

apalah diharapkan dari sekujur tubuh,
andai bergaya dengan fesyen jahiliayah,
katanya, 'Iman itu pada hati, bukan pada pakaian',
( tidak tahukah ia bahawa memelihara aurat itu antara
pernyataan Iman terhadap Allah )...

sekujur tubuh menjadi indah dan berharga,
bila ia berpakaian Iman dan Taqwa,
dan sekeping hatinya Beraqidah Tauhid...

Alangkah Ruginya

Alangkah ruginya kita.
Allah memanjangkan umur kita sehari lagi
tetapi kita mencemari paginya dengan keluhan.

Alangkah ruginya kita
ketika Allah menguji kita dengan sedikit kepayahan
lalu kita menyesali kehidupan.

Alangkah ruginya kita
apabila Allah uji dengan sedikit kesusahan
lalu kita melupakan segala kesenangan yang pernah diberikanNya.

Alangkah ruginya kita
apabila sedikit keburukan yang Allah timpakan
lalu kita mengingkari segala kebaikanNya yang melimpah ruah.

Alangkah ruginya kita
ketika Ramadhan telah berlalu
tetapi kita masih belum mendapat pengampunanNya.

Alangkah ruginya kita
ketika kehidupan telah berakhir
namun tidak ada bekal yang kita bawa pulang

Alangkah ruginya kita
ketika kita mula insaf dan menyesal
namun semuanya tidak berguna lagi.

Bingkisan Buat Yang Masih Muda

Buat hati-hati yang belum mati,
buat diri yang rela menerima kebenaran Ilahi...

kita muda,
tapi tidak selama-lamanya,
kita hidup,
pun tidak selama-lamanya,
tetapi akan berakhirkah semuanya,
tanpa pengisian yang bermakna...

masa muda datang hanya sekali,
apakah sekadar masa berhibur tawa,
mengecapi nikmat duniawi sepuas-puasnya,
bertangguh ibadah...

bila usia menggamit tua nanti,
para syaitan pula membisikkan,
lama lagi kita akan mati,
memperdaya agar kita,
bertangguh beramal soleh...


alangkah sia-sianya,
masa muda kita berlalu begitu sahaja,
tidak bisa pula diputarkan kembali,
di Darul Akhirah, Allah bertanya,
'ke manakah usia muda telah dihabiskan'
mampukah kita memberi jawaban?

wajarlah kita menghargai masa muda,
memanfaatkannya sebaik-baiknya,
kita perlu kembali kepada Islam,
sehingga kita layak dipanggil muslim sejati,
sehingga kita layak menjadi mukmin sebenar,
sehingga kita beroleh Daulah Islamiah...

perlu kita sedari,
kita dikelilingi realiti jahiliah,
jahiliah mengusai di mana-mana,
Islam dan jahiliah saling bertentang,
Islam dan jahiliah tiada titik persamaan,
jahiliah tidak layak dibiarkan,
menguasai dan memimpin manusia dan dunia,
relakah kita memilih jahiliah,
yang dipimpini syaitan,
yang menuju kesesatan dan kegelapan,
bukankah lebih baik kita pilih Islam,
Jalan lurus yang diredhai Allah,
yang menuju kebenaran dan cahaya...

andai selama ini kita lebih dikenali,
sebagai atas nama bangsa dan negara,
maka sudah masanya kita bernama,
atas nama Islam sahaja,
memahami tugas utama dan asasi kita,
adalah mengembalikan pimpinan,
ummah dan dunia dari tangan jahiliah,
kepada Islam yang hanif,
tugas yang berat ini,
tidak mampu kita pikul,
tanpa kefahaman dan kesedaran sebenar,
terhadap Islam yang syumul,
dengan kepercayaan dan keyakinan,
bahawa Islam adalah yang terbaik,
agar kita tidak berpaling,
di tengah perjalanan sebuah perjuangan...

akan berjayakah perjuangan,
tanpa persiapan dan perbekalan,
yang cukup mantap dan rapi,
pastikan keringat dan pengorbanan kita,
tertumpah hanya dalam membina Daulah Islamiah,
bermula dari dalam diri,
seterusnya keluarga, masyarakat dan negara,
aqidah dan keimanan yang sahih,
kita jadikan benteng pertahanan,
terampuh dari serangan jahiliah,
yag tidak pernah rela Islam,
menguasai manusia dan dunia,
jahiliah yang berusaha,
memalingkan kita semua,
dari terus melalui jalan yang lurus,
hanya dengan kefahaman dan kesedaran,
yang sebenar,
barulah kita tidak mudah tertipu,
dengan gambaran indah tetapi palsu dan keliru,
yang dicanangkan oleh jahiliah,
yang cukup gentar pada kebangkitan,
para pemuda yang sedar dan ikhlas,
memiliki keazaman yang kental,
dalam memperjuangkan Islam,
lantaran jahiliah merasakan,
kekuasaan dan kepentingan mereka tergugat,
bilamana mereka tidak lagi,
dapat menguasai dan memperhambakan manusia,
bila manusia mula mengembalikan kedudukan Allah,
sebagai penguasa dan pentadbir sebenar,
bila manusia kembali taat dan tunduk sepenuhnya,
kepada Allah,
kepalsuan jahiliah akan terserlah...

lantas perjuangan mendaulatkan Islam ini,
sebagaimana yang dikehendaki Allah dah RasulNya,
penuh dengan rintangan, ujian dan pengorbanan,
yang terbentang di hadapan kita,
bukanlah permaidani merah,
mewangi taburan bunga,
tetapi tersedia onak ranjau,
yang tidak terperi sakitnya,
bagi menguji siapakah,
yang benar-benar beriman...

bersama-samalah kita wahai pemuda,
menjadikan diri-diri kita,
dengan nama mulia, pemuda Islam,
bukan lagi dengan nama-nama lain,
yang remeh lagi mengaibkan,
buktikanlah bahawa Allah & Rasulnya,
lebih kita pilih dan kasihi,
melebihi dari yang lain-lain,
hatta terhadap diri kita sendiri,
berpindahlah kita dari kegelapan jahiliah,
menuju cahaya Islam yang suci murni,
mulakanlah langkah yang panjang,
memakan masa,
menagih kesabaran dan keimanan,
tanpa berhajatkan pujian dan sanjungan,
tanpa gentarkan celaan & herdikan,
memadailah rahmat dan redhaNya,
jua yang terlebih berharga,
dari dunia dan segala isinya......

Andai Ini Yang Terakhir

Andai kutahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangya sibuk berzikir
tentu tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu...merayu...kepadaNya Tuhan
yang satu

Andai kutahu ini Ramadhan terakhir
tentu solat kukerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan ...sungguh khusyuk
lagi tawaduk
tubuh dan qalbu, bersatu
memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil....menangisi
kecurangan janji
'Innasolati wanusuki wamahyaya
wamamati lillahirabbil 'alamin'
(sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan
seru sekalian alam)

Andai kutahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kusiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

Andai kutahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih
berqiamullail, bertahajud
mengadu...merintih..meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke SyurgaMu
tapi kujuga tidak sanggup untuk ke NerakaMu"

Andai kutahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu mala idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kutahu ini Ramadhan terakhir
tentu kubakal menyediakan batin dan zahir
mempersiapkan diri, rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorongg-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti
paling berseri menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta
kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami
di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini yang terakhir kali
bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu
hanyalah berusaha...bersedia...meminta belasNya

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat aku
maafkan semua kesalahan dan kesilapan
yang pernah aku lakukan
"Marhaban Yaa Ramadhan"

Tuesday, August 10, 2010

Buat Calon Suami

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahasia ...
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah ...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati-hatilah meluruskannya ...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ...

C I N T A

Ya Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan,
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu,
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat,
Menawanku Selain Engkau...

Ya Rahim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan,
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku,
Semata-mata Tulus Untuk-Mu,
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu...

Ya Rabbii..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit,
Yang Tidak Menemukan Muaranya,
Penuhilah Rasa Sakitku,
Dengan Rindu Kepada-Mu,
Dan Jadikan Kematianku Sebagai,
Muara Pertemuanku Dengan-Mu...

Ya Rabbii..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona,
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu,
Agar Damai Senantiasa Kurasakan,
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu...

Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan,
Yang Tiada Bertepi,
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku,
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu...

Ya Allah..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta,
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu,
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu...

Ya Ar-Rahman.........
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas,
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus,
Di Malam Yang Gelap Gulita,
Agar Tidak Tersesat Dalam Menampakinya...

Ya Ar-Rahhim........
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat,
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing dan Duri Yang Tajam,
Hamba Sadar Semua Ini MilikMu Dan Suatu Saat,
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu,
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu......

Ketika Hati Menangis

Tuhanku….
ketika hati menangis, hanya Kau saja yg tahu

Tuhanku….
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih,
Ketenangan kurasa mendekatiMu,
Syahdu malam tak terasa sunyi...

Tuhanku….
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan,
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan,
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan,
Pada mereka yang pernah melupakanku...

Tuhanku….
Ketika aku buntu,
Kau berikan aku kekuatan,
kau tunjukkan aku jalan,
Kau tak biarkan aku sendirian...

Tuhanku….
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira,
Syukurku melangit pun tak tercapai,
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai,
Semoga penyesalanku Kau terima...

Monday, August 2, 2010

Kematian Cinta

Pedang ghaibku telah tumpul,
sanubariku menghilang dalam tangis,
merayap dan merangkak dalam norma sinar yg terpantul,
dengan tangan ini aku kembali mencuba untuk menangis...

Oohh Sang Pendidik Jiwa...
lepaskan samsara dalam sukma ini,
berilah kesabaran dalam hidup manusia,
manusia yg menanti ajal esok nanti...

Riak air mata meresap ke dalam jiwa,
menyisakan rasa dingin yang hampa,
membiarkan rasa cinta yg kemudian mati,
hanya berharap akan datang malaikat pencabut nyawa...

Wahai Tuhan Yang Berkuasa...
lepaskan derita dan duka dalam jiwa ini,
berilah sedikit pati rasa dalam hidup dalam cinta,
cinta yg sudah enggan untuk mencari,
mencari selain dari cinta padaMu....

Sedihku...

Letihku menunggu hadirnya,
menusuk nusuk dan menyayat perit,
seperti api yang menghakis kulit di pipi
perit dan menyakitkan hati...

Berdiri dengan sisa tenaga,
untuk menantinya dalam jalan yang gelap,
seperti berjalan dalam mimpi,
melayang dan jasad telah mati...

Kerinduanku bukan tak beralasan,
kecemburuanku bukan tak terindahkan,
cintaku dan rinduku ada disana,
meraih semangat untuk mencintaiku...

Sampai kapan bumi akan berputar,
sementara aku sudah enggan,
bangun dari mimpi pun tak,
apalagi untuk menunggumu...

Bila nanti kau datang,
berikan aku sedikit jiwamu,
untuk melangkah kita bersama,
dalam kehidupan bersama...

Sunday, August 1, 2010

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah

Ya Tuhanku,

Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.

Wahai Tuhanku,

Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.

Wahai Tuhanku,

Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.

Ya Allah,

Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.

Wahai Tuhanku,

Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.

Ya Rahman, Ya Rahim,

Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.

Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…

Saturday, July 31, 2010

Amanah Seorang Sahabat

Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.

Nikmat Ahli Kubur

Seorang soleh bernama Mutraf bin Abdullah Al-Harsyi bercerita bahawa pada suatu hari Jumaat dia keluar ke kuburan, kemudian mengerjakan solat dua rakaat yang sederhana, tidak terlalu panjang. Selepas solat, tiba-tiba dia mengantuk dan melihat penghuni kubur keluar bercakap dengannya. “Engkau telah mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan olehku. Padahal dua rakaat itu bagiku lebih baik daripada dunia dan seisinya ini.” kata salah seorang ahli kubur.

“Kuburan siapa saja yang ada di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan orang yang baik-baik dan kesemuanya Muslim.” jawab ahli kubur.

“Siapakah yang paling mulia di kalangan ahli-ahli kubur di sini?” tanya Mutraf.

“Kuburan itu.” jawab ahli kubur sambil menunjuk pada sebuah kuburan yang ada di situ.
Mutraf sangat ingin mengetahui ahli kubur yang dikatakan paling mulia itu. Dia berharap semoga Allah berkenan mengeluarkan ahli kubur yang dimaksudkan agar dia dapat bercakap dengannya.

Harapan Mutraf dikabulkan oleh Allah. Tiba-tiba ahli kubur yang masih muda belia tersebut keluar dari kuburnya dalam keadaan gembira.

“Betulkah engkau ahli kubur yang paling mulia di sini?” tanya Mutraf.

“Mereka mengatakan bahawa diriku demikian.” jawabnya.

“Apa yang telah menyebabkan dirimu menjadi ahli kubur yang paling mulia?”

Ahli kubur yang masih muda belia itu menjawab: “Walaupun aku masih muda, tapi telah banyak mengerjakan ibadah haji dan umrah, berperang di jalan Allah dan beramal soleh. Di samping itu, setiap kali aku ditimpa musibah, aku selalu bersabar dan tawakal kepada Allah. Itulah yang menyebabkan aku memperolehi kumuliaan tersebut.”

Sesal Seorang Ibu

Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”

Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.
Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”

Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu:
“Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.

“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.

“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”

“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”

“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”

Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa

Dalam riwayat yang lain pula dijelaskan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”

Sebuku Roti Penebus Dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

Pengakuanku Pada Yang Maha Esa...

Bangkitkanku dari kedustaan,
kuatkanku menuju kebahagiaan,
segerakanku menuju keabadian,
selimutkanku dengan keimanan,
itulah ketegakan panji ketaqwaan...

Wahai Yang Maha Pengampun!
Aku hambaMu yang hina,
yang sering menginginkan keampunanMu,
yang sering dahagakan cintaMu,
maka Kau ampunkanlah aku...

Ya Tuhanku!
Bukankah aku selalu berkata,
"La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah",
maka Kau tunjukkanlah bahawa aku taat,
Kau tunjukkanlah bahawa aku benar-benar bertaqwa...

Tuesday, July 27, 2010

Nurani

Saat dunia menggapai uzur terlindas zaman,
Melayang fana terhembus bayu merantani nafsu,
Iman yang gersang tak tersentuh buaian syurga,
Rasa yang mati tak tergoyah sentuhan yang suci,
Lambaian sang maut terbalas acuh yang tak lagi kecut...


Seperti bara api yang terbalut rasa yang sejuk,
Harum melati yang tak lagi putih menjadi gumpalan rasa,
Kalam Illahi tak lagi terikat di hati yang penuh pesona,
Hamparan pesan nabi termaktub menghias pelangi yang tak lagi berwarna...


Melayang pandang tentang syurga yang dibalut kabut kegetiran kalbu yang merana,
Semburat fajar jingga samai membawa cahaya cerah,
Seakan tertantang nyata dunia yang terbelah,
Melawan rasa yang mati dan hati yang tercabik,
Terusik kezaliman dan angkara yang seakan tak pernah tidur,
Mengingatkan kendali akan jiwa yang sepi menjawab tanya,
Mencari makna hidup yang terasa ramai menggugah naluri yang rindu...

Duhai Suamiku...

Kadangkala mungkin tergambar di benak fikiranmu, bahawa engkau telah salah ketika memilih diriku menjadi pasanganmu. Kadang kala ia mengganggu dalam pergaulan sehari-harimu denganku, terkadang ku takut perasaan cintamu berubah menjadi benci, limpahan kasih sayangmu menjelma menjadi kemarahan, dan ketenangan pun berubah menjadi ketegangan.

Suamiku...
Di saat engkau masih sibuk dengan pekerjaan yang tak kunjung selesai, tak jarang aku kau abaikan. Waktu di rumah pun, kadang ku ikhlaskan demi masa depanmu. Bukankah engkau tahu aku pun butuh perhatian darimu. Terkadang ku cari perhatian itu, namun terlihat salah dipandanganmu. Kalaulah itu terlihat salah, semoga engkau bisa melihat kebaikanku yang lain. Bukankah Allah SWT yang mempertemukan dan menyatukan hati kita berpesan, “Dan pergaulilah mereka (isterimu) dengan baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” [QS: An Nisa' 19].

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang kita cintai pun berpesan, “Sempurnanya iman seseorang mukmin adalah mereka yang baik akhlaknya, dan yang terbaik (pergaulannya) dengan istri-istri mereka.” Jika engkau melihat kekurangan pada diriku, ingatlah kembali pesan beliau, Jangan membenci seorang mukmin (lelaki) pada mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai. (HR. Muslim)

Sedarkah engkau bahawa tiada manusia di dunia ini yang sempurna segalanya? Bukankah engkau tahu bahawa hanyalah Allah yang Maha Sempurna. Tidaklah sepatutnya bila kau hanya menghitung-hitung kekurangan pasangan hidupmu, sedangkan engkau sendiri tak pernah sekalipun menghitung kekurangan dan kesalahanmu. Janganlah engkau mencari-cari selalu kesalahanku, padahal aku telah taat kepadamu.

Saat diriku rela pergi bersama dirimu, kutinggalkan orangtua dan sanak saudaraku, ku ingin engkaulah yang mengisi kekosongan hatiku. Naungilah diriku dengan kasih sayang, dan senyuman darimu. Ku ingat pula saat aku ragu memilih siapa pendampingku, ketakwaan yang terlihat dalam keseharianmulah yang mempesona diriku. Bukankah sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, Ali bin Abi Tholib saat ditanya oleh seorang, “Sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan, dengan siapakah sepatutnya aku nikahkan dia?” Ali r.a. pun menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertaqwa kepada Allah, sebab jika lelaki-lelaki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika ia tidak menyukainya maka dia tidak akan menzaliminya.” Ku harap engkaulah lelaki itu, duhai suamiku.

Saat terjadi kesalahan yang tak sengaja ku lakukan, mungkin saat itu engkau mendambakan diriku sebagai isteri tanpa kekurangan dan kelemahan, sedarlah, sesungguhnya keegoan telah menguasai dirimu. Perbaikilah kekurangan diriku dengan lemah lembut, janganlah kasar terhadapku. Bukankah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah mengajarkan kepada dirimu, saat Muawiah bin Ubaidah bertanya kepada beliau tentang tanggungjawab suami terhadap iste ri, beliaupun menjawab, “Dia memberinya makan ketika ia makan, dan memberinya pakaian ketika dia berpakaian.” Janganlah engkau keras terhadapku, kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun tidak pernah berbuat kasar terhadap isteri-isterinya.


Duhai Suamiku...
Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami-suami yang berlaku baik terhadap isteri-isteri mereka? Renungkanlah bahawa, “Mereka yang berlaku adil, kelak di hari kiamat akan bertakhta di singgahsana yang terbuat dari cahaya. Mereka adalah orang yang berlaku adil ketika menghukum, dan adil terhadap isteri-isteri mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungjawabnya.” [HR Muslim]. Kudoakan bahawa engkaulah yang kelak salah satu yang menempati singgahsana tersebut, dan aku adalah permaisuri di istanamu.


Jika engkau ada waktu, ajarkanlah diriku dengan ilmu yang telah Allah berikan kepadamu. Apabila engkau sibuk, maka biarkan aku menuntut ilmu, namun tak akan kulupakan tanggungjawabku, sehingga kelak diriku dapat menjadi sekolah buat putra-putrimu. Bukankah seorang ibu adalah madrasah ilmu pertama buat putra-putrinya? Semoga engkau selalu mendampingiku dalam mendidik putra-putri kita dan bertaqwa kepada Allah.


Wahai Allah,
Engkaulah saksi ikatan hati ini...
Aku telah jatuh cinta kepada lelaki pasangan hidup ku,
jadikanlah cinta ku pada suamiku ini sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu,
hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang lesu,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Jika ia rindu,
jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,
jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap syurga-Mu.
Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada-Mu,
ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Amin ya rabbal alamin.

Segenggam garam dan telaga

Suatu ketika, hiduplah seorang tua yang bijak. Pada suatu pagi, ia didatangi seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya gontai dan wajahnya kusam. Keadaan tubuhnya tak sehaluan. Ia seperti sedang menghadapi sebuah masalah yang sangat menyusahkan hatinya. Begitu bertemu dengan si orang tua yang bijak, ia segera menceritakan semua permasalahan yang ia hadapi.


Pak Tua yang bijak hanya mendengarkannya dengan saksama. Begitu tetamunya selesai bertutur, ia lalu mengambil segenggam garam dan memintanya untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan. “Cuba, minum ini, dan katakan bagaimana rasanya,” ujar Pak Tua itu.
“Pahit…., pahit sekali,” jawab anak muda itu sambil meludah ke samping.
Pak Tua tersenyum. Lalu ia mengajak tetamunya berjalan-jalan di hutan sekitar rumahnya.

Kedua orang itu berjalan di hutan sekitar rumahnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan. Setelah melakukan perjalanan cukup lama, akhirnya mereka tiba di tepi sebuah telaga yang tenang. Pak Tua itu kembali menaburkan segenggam garam ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu, ia mengaduk air telaga sehingga sebahagian airnya terpercik membasahi wajah anak muda itu.


“Sekarang, cuba ambil air dari telaga ini dan minumlah!” ujar Pak Tua kemudian.
Anak muda itu menuruti apa yang diminta Pak Tua. Ia segera meminum beberapa teguk air telaga. Begitu tetamunya selesai mereguk air, Pak Tua berkata lagi, “Bagaimana rasanya?”
“Segar!” sahut anak muda itu.
“Apakah engkau bisa merasakan garam di dalam air itu?” tanya Pak Tua lagi.
“Tidak,” jawab si anak muda.


Dengan bijak, Pak Tua menepuk-nepuk punggung si anak muda. Lalu ia mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di samping telaga itu.
“Anak muda, dengarkanlah ucapanku. Pahitnya kehidupan yang engkau rasakan seperti segenggam garam. Jumlah dan rasa pahit itu sama, dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kepahitan itu tergantung dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi ketika engkau merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang bisa engkau lakukan untuk mengatasinya. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskan hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.”


Pak Tua itu kembali menambahkan nasihatnya, “Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Qalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan mengubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan. “
Keduanya beranjak meninggalkan tepian telaga. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan segenggam garam untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya untuk meminta nasihat.

IBU, CERITAKAN AKU TENTANG IKHWAN SEJATI…

Seorang remaja lelaki bertanyakan pada ibunya: "Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati…"

Sang Ibu tersenyum dan menjawab…
"Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang besar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya .. "

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…" ..

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa …"

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…"

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…"

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang luas, tetapi dari hati yang ada dibalik itu…"

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya..."

"Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah beban yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…"

"Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…"

…setelah itu, ia kembali bertanya…
"Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?”
Sang Ibupun memberikan bukunya sambil berkata…. “Pelajari tentang dia…”
ia pun mengambil buku itu
“MUHAMMAD”, judul buku yang tertulis di buku itu…..

Friday, July 23, 2010

Sinaran Fajar...

Sahabatku,
telah tiba waktu yang tepat bagi sinaran fajar,
yang bersinar di antara bintang-bintang,
setiap yang berterbangan, pertama-tama akan bergerak,
dan bangkit dari tidurnya,
lalu menyingkirkan pakaian...

Kumalnya,
mentari penuh akan menyinari kiprahmu,
yang melangkah dengan segar dan ringan,
saat kota yang kelmarin tidur, masih tetap meringkuk,
sinaran fajar subuh yang baru,
akan membawa bayangan kiprahmu yang penuh berkah,
dalam padang penyemaian,
jauh dari langkahmu,
hembusan angin yang kini lewat,
akan membawa benih-benih yang dulu kau tebarkan,
jauh dari bayanganmu,
semaikan, sahabat petaniku!
Agar beih-benihmu berserakan jauh dari ladangmu...

Dalam langkah-langkah yang kau hayun,
dalam jantung masa depan,
dengarlah, suara-suara telah terdengar,
suara-suara yang terusik langkah-langkahmu di kota...

Saat engkau hadir kembali dalam kiprah pagimu,
dan orang-orang yang terbangunkan oleh langkah-langkahmu,
sebentar lagi akan bergabung denganmu...

Bernyanyilah, sahabat petaniku!
agar langkah-langkah yang terhayun di rembang fajar,
dapat mengikutmu,
menuju garis yang datang dari jauh,
dan agar nyanyian merdumu menggema,
seperti nyanyian para Nabi di fajar yang lain,
pada saat peradaban dilahirkan...

Thursday, July 22, 2010

Tuhan Lebih Mengerti...

Benar!
malaikat menjadi saksi,
tiap tindak-tanduk,
dalam setiap keadaan...

Memang benar!
Allah datangkan setiap kamu,
musibah yang kamu tidak jangka,
ujian yang membuatkan kamu sengsara,
tapi sedarlah,
setiap musibah itu ada kemanisannya...

Tidak mustahil!
Tuhan ciptakan yang baik,
bukanlah milik kamu,
Tuhan itu lebih mengerti,
akan keperluan yang layak kamu perolehi...

Wahai Yang Maha Pemaksa Kebaikan

Ya Allah, Ya Jabbar,
yang kehendaknya tidak diingkari,
apa pun kehendak-Mu, itulah yang terjadi,
kami tidak berdaya mengelak darinya,
wahai Yang Maha Pemaksa...

Berikan daku upaya,
bagi memahami apa yang Kau paksakan padaku,
kerana tanpa bimbingan-Mu,
aku tidak tahu,
aku tidak mengerti,
apa yang Kau paksakan padaku adalah yang terbaik...

Maruah Insani...

Sengketa pipit-pipit di atas cucur atap,
rembulan berpijar sementara samawi bersusu,
kemasyhuran harmoni daun-daun gugur,
menompok pada maruah insani...

Terbitlah seorang andiratna berbibir merah,
umpama kegendangan buana sedang berhiba,
binasa umpama Tuah serta hulu balang-hulu balangnya,
congah umpama Jebat serta bangsawan-bangsawannya...

Lompatlah di atas keriuhan cucur atap,
rembulan memanjat ke samawi sifar,
seantero daun-daun bisa menyamankannya,
maruah insani nan nyaris dipijak...

Bagaikan Lautan

Ada saatnya air laut itu pasang dan ada saatnya air laut itu surut..
Terkadang ia terlihat tenang, namun terkadang tampak bergemuruh..
Janganlah engkau risau..
Kerana itu adalah kurniaan dari dirinya..

Yang penting…

Jangan biarkan ia sampai mengering..
dan jangan biarkan ia kehilangan jati dirinya…
dan engkau pasti mengerti…
Kerana suatu saat dia akan tenang kembali..
atas izin Tuhannya…

“Ya Muqollibal quluub…tsabits quluubana ‘ala diynika…”

Rasa Yang Tak Terangkul Kata

Seharusnya engkau tahu
Dua rasa tak akan menyatu
Dalam hati yang dimabuk rindu

Tak bisakah engkau berlalu
Sembari ku nikmati rasa itu?

Rasa yang tak ingin ku padu
Dengan rasa apapun selain rindu

Ketika rindu tlah membuncah
Selainnya tiada indah
Yang melintas hanyalah dirinya
Dalam balutan eloknya jiwa

Karena rasa tak terangkul kata
Dan yang ada hanyalah asa
Dalam dekapan rindu tak terkira
Hingga sanggup membenam kata